KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan media massa mengenai nasihat yang dikeluarkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) terhadap pembelian gula-gula ginseng dari Malaysia iaitu "Kingu Ginseng Candy" yang dikesan mengandungi tadalafil.
KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah menjalankan siasatan dan saringan awal mendapati produk ini dijual secara dalam talian di platform Lazada. Hasil siasatan juga mendapati label produk tersebut tidak mematuhi kehendak-kehendak pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tiada nama dan alamat pengilang/pembungkus/pengedar/empunya hak untuk mengilang/pengimport. Sehubungan itu, pihak Lazada telah diarahkan untuk memadam kandungan iklan dan penjualan produk tersebut serta merta.
Tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. Ubat-ubat yang mengandungi tadalafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.
Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan kesihatan serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.
KKM ingin menegaskan bahawa status keselamatan produk-produk di pasaran termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun berjadual termasuk tadalafil sentiasa dipantau dari semasa ke semasa. Sejak tahun 2018 sehingga kini, daripada 1,575 sampel produk yang telah diambil kerana disyaki mengandungi racun berjadual, 32 sampel (2.03 peratus) didapati mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di bawah Peraturan- Peraturan Makanan 1985. Tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas syarikat dan produk terlibat.
Menurut Seksyen 13, Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan. Apabila disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Oleh itu:
1. Mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk ini diarahkan untuk menghentikan serta- merta penjualan produk berkaitan.
2. Semua platform e-dagang dan media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran kandungan iklan makanan tersebut serta merta.
3. Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini pula perlu menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melayari laman sesawang serta Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) seperti berikut:
- http://moh.spab.gov.my
- https://www.facebook.com/bkkmhq
--BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Sebelum ini Agensi Makanan Singapura (SFA) menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau mengambil gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' kerana ia didapati mengandungi tadalafil. - Foto SFA
Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
Menteri Kesihatan mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.
Penswastaan MAHB cermin keyakinan pelabur asing
Keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan tawaran tinggi untuk baki saham MAHB yang ditawarkan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Johor catat RM31 bilion fdi tahun lepas dipacu sektor perkhidmatan - Exco
Johor mencatatkan RM31 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada 2023 dengan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor perkhidmatan.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus 2023
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya.
90 peratus pembayaran dibuat dalam Rubel dan Yuan
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, keputusan bersama untuk melaksanakan penyelesaian dalam mata wang negara itu adalah tepat pada masanya dan merangsang pengembangan perdagangan.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Ekonomi APEC dijangka berkembang pada kadar sederhana - Laporan
Menurut laporan tersebut, keadaan ekonomi sederhana itu mencerminkan ketidaktentuan yang berpunca daripada perlindungan dalam perdagangan, tekanan inflasi berterusan dan ketegangan geopolitik.
KUSKOP sedia RM2 juta rancakkan program JEJAK 2024
Insentif itu juga sebagai persediaan koperasi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dijangka menarik 26.1 juta pelancong.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Pantau Agenda Reformasi: Martabatkan profesion guru, tingkat kesejahteraan
Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan
Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.